menu: Home Books Follow Chat box Sitemap


NOTE** Pindah ke URL baru: solslum.blogspot.my
STICKY** Drop your Link! + Mini Giveaway #01

Friday, July 24, 2009

Ceritera Pancha Delima

Pancha delima kalung pusaka
warisan ibu Teratai jelita
ayu manis cantik rupawan
memikat hati Suria Kencana

Cemara Jingga isterinya Kukila Kencana
ingin merampas takhta diraja
dihalang Suria dan sahabat panglima
namun disumpah Cemara Jingga

Angerik dan Tanjung kakaknya Teratai
cemburu melihat Teratai dan Suria
dibawa bersama ayahnya Karma
berjumpa Teratai bersama Suria

Suria Kencana menjadi ular
ingin memakan Karma durhaka
meminta ganti nyawa anaknya
dibawa Karma teratai gadis pancha delima

Karma diberi kurnia Suria
subuah pohon berbadan manusia
daun dipetik sehelai sehari
menjadi emas Karma syukuri

Teratai suci dibawa ke istana
berceritalah Suria asal usulnya
disumpah ibu tiri Cemera Jingga
menjadi ular bersama panglima

hilanglah semua sakti Cemara Jingga
jika bertemu gadis pancha delima
lemahlah segala sendi tubuhnya
takutlah Cemara Jingga hilang saktinya

pancha delima dibaling Teratai
ke dalam batu sapta Cemara Jingga
hapuslah semua sumpah durjana
matilah akhirnya Chemara Jinga

takhta kembali kepada Kukila Kencana
nikahlah Teratai bersama Suria
direstu Karma serta Kukila
aman makmur Negeri Kencana


Layar Perak

No comments:

Post a Comment