menu: Home Books Follow Chat box Sitemap


NOTE** Pindah ke URL baru: solslum.blogspot.my
STICKY** Drop your Link! + Mini Giveaway #01

Monday, November 23, 2009

Muka kita

Sesetengah remaja berasa puas selepas meng'upload' semua gambar mereka yang ada dalam kamera/hp mereka. Soalan aku, apa yang bestnya upload gambar nii? Iya laa.. aku pun remaja juga, dan seorang yang meminati fotografi, tapi aku tidak pernah sesekali mengupload gambar hanya untuk suka-suka..

Mungkin remaja masih tidak mengetahui kesan negatif memuat naik gambar mereka kedalam internet. Kita perlu ingat, yang sekarang merupakan zaman teknologi. Gambar kamu yang cantik pun boleh jadi buruk. Ya, penyalahgunaan teknologi akan mencemarkan nama baik ataupun maruah seseorang. Mungkin kamu sendiri pernah menyalahgunakan teknologi untuk mengubah gambar seseorang yang kamu tidak suka. Lihat sendiri threads ni.

Ketidakmahuan seseorang membaca term of service (TOS) sesuatu network sebelum me'register'kan profile mereka juga boleh mengancam privacy mereka. Contohnya facebook. Sebelum ni facebook telah menukarkan TOS nya yang membolehkan social network tersebut menyimpan serta menggunakan semula apa yang telah kita catat/upload kedalam network tersebut buat selamanya, yang bermaksud, kita tidak akan dapat tarik balik atau menghapuskan apa yang ada di dalam profile kita.. kaitkan la sendiri paragraph ni dengan tajuk entri..

Yang paling menggelikan ialah gambar gambar remaja ala-ala 18 tahun keatas. Kecik kecik dah ada nafsu lebih-lebih.. mengalahkan orang dewasa.. Kenapa mesti tayang di internet? Macam tidak ada maruah diri. Mungkin ada yang mengupload gambar gambar seperti itu untuk 'suka-suka', tapi fikirlah apa yang akan berlaku selepas itu. Apa yang akan pengguna lain fikir tentang kamu. stripper mungkin.

Pernahkah kita terfikir, apa yang akan berlaku kepada kerjaya kita pada masa akan datang. Mungkin tidak terlintas difikiran bahawa apa yang kita upload itu bakal menjadikan kita 'penganggur terpaksa' dimasa akan datang. Right?.. So, athikah nak ingatkan, jangan terlalu asyik upload gambar. Kalau nak upload pun, jangan lebih-lebih.. peace

No comments:

Post a Comment