menu: Home Books Follow Chat box Sitemap


NOTE** Pindah ke URL baru: solslum.blogspot.my
STICKY** Drop your Link! + Mini Giveaway #01

Wednesday, March 24, 2010

midnight tregedi

Aku terjaga dari tidur ku. Sakit di perutku semakin berkurang dari sebelumnya. Setelah seketika aku berbaring di atas tilam saiz queen itu, aku melangkah kaki keluar dari master bedroom.

Tanpa hala tujuan, aku dengan pantas meronda rumah aku yang kini sunyi sepi. Aku ke ruang tamu, ku lihat adik ku sedang nyenyak tidur di atas lantai beralas pad milik anak buah ku yang baru lahir.

Entah mengapa aku berasa gelisah dengan keadaan aku pada masa itu. Ku lihat jam dinding di tepi ku - yang kini di ruang makan. Kedua-dua jarum jam menunjuk lurus ke angka 12. Aku menggosok-gosokkan mata ku dan melihat jam itu sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Ternyata mataku tidak bermimpi, ku sangka aku bangun pada jam 2, kerana aku sentisa terjaga pada jam 2.

Rasa gelisah bercampur seram bertambah. Aku tiba-tiba panik bila mulut ku tidak berhenti berpeluh. Bingung, aku sedar yang aku akan membuang 'sesuatu' apabila aku berasa mual. Sampai sahaja aku di dalam tandas, aku terus duduk mencangkung menanti apa yang bakal terjadi.

Peluh dan air mata - yang mengalir tanpa kebenaranku - membasahi muka ku pada malam itu. Aku masih tidak mengerti mengapa digestive sistem ku tidak menerima apa yang ku santap pada hari itu. Mungkin kerana masakan yang berbeza? Kerana bukan masakan ibu ku, mungkin?

No comments:

Post a Comment